SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SK KAMPUNG ALIT,KABONG...SALAM TERUS MENJULANG SARAWAK... Portal SK Kpg Alit: PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM 2014
MENJADIKAN SK KAMPUNG ALIT SEKOLAH CEMERLANG...


Ahad, 23 Februari 2014

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM 2014

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM PERINGKAT SEKOLAH 2014


SK KPG. ALIT: Program Perkhemahan Unit Beruniform peringkat sekolah bagi tahun 2014 telah dilaksanakan pada 23 - 25 April 2014. Program ini dilaksanakan pada pada waktu petang dan melibatkan seramai 72 orang murid bermula dari tahun 3 hingga tahun 6. Unit beruniform yang terlibat dalam perkhemahan kali ini ialah Pengakap dan Tunas Kedet Remaja Sekolah (TKRS).

Perkhemahan ini telah dijalankan di sekitar kawasan sekolah yang cukup terkenal dengan keindahan persekitaran semulajadinya dipersisiran pantai yang sering menjadi lokasi perkhemahan peringkat sekolah, peringkat bahagian mahu pun peringkat negeri.

Sepanjang tiga hari perkhemahan dijalankan, pelbagai aktiviti telah dilaksanakan antaranya memasang khemah, ikhtiar hidup, jungle trekking, larian berhalangan, bantuan kecemasan, ikatan, persembahan kumpulan dan sebagainya. Pada malam persembahan kumpulan iaitu malam kebudayaan, setiap kumpulan berjaya mempersembahkan kebolehan mereka sama ada dari segi tarian dan lakonan yang menghiburkan para penonton termasuk para ibu bapa yang datang memberikan sokongan kepada anak-anak mereka. Terima kasih kepada semua yang telah berjaya memastikan program ini dijalankan dengan jayanya.

















Murid diminta menulis lirik lagu 'Ibu Pertiwiku' sebelum boleh memulakan aktiviti seterusnya.


Aktiviti jungle trekking dan mencari flora dan fauna.














































Menangkap anak ikan, bukan tiada makanan tetapi sebahagian daripada cabaran pada hari tersebut.











Menggunakan kreativiti dan inovasi sendiri dalam usaha menangkap anak ikan. Ado jak oleh?

Pakar menangkap ikan guna tangan. Hanya yang ada ilmu yang cukup tinggi sahaja boleh melakukannnya seperti ustaz Syed Syazwi. 

Ini bukan aktiviti mendulang emas tapi sedang menangkap anak ikan.



























































Ikan pari dan ayam panggang, saat yang ditunggu-tunggu.










Mereka bukan orang asli sesat, tapi sebahagian daripada persiapan persembahan kumpulan pada malam kebudayaan. 


Macam-macam rupo..


Sebahagian daripada ibu bapa yang datang menyaksikan persembahan dan memberi sokongan pada anak masing-masing.


Orang apo tuk?






Sik do muko lain mintak gambar ;-)




Sik ado orang mpuan agik kah?






Tarian memburu nyamok.




































Nak po nak main sidak tuk?










Nang boleh tahan Bakar bersilat, silat ajar cikgu Napie.











































































0 ulasan:

Arkib Berita:

Buletin Alit

Pemberitahuan

__________________________________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________________________________

PENAFIAN / PERINGATAN!

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kehilangan atau kerosakan setelah melayari atau memuat turun maklumat di laman ini dan segala risiko adalah ditanggung oleh pihak anda sendiri. Harap maklum.
__________________________________________________________________________________________________________
RECOMMEND:
Better view use Google Chrome or Mozilla Firefox. The proposed resolution of at least 1280x800.
__________________________________________________________________________________________________________
WAKTU SOLAT