MAJLIS KHATAM AL-QURAN 2013
Dicatat oleh
skkpgalit
di
11:36 PTG
ALIT: Majlis Khatam Al-Quran telah dianjurkan oleh SK Kampung Alit, Kabong pada 26 Oktober 2013. Majlis ini bertujuan meraikan murid-murid yang telah tamat membaca Al-Quran dengan tunjuk ajar para ustaz dan ustazah SK Kampung Alit. Majlis ini juga boleh dianggap sebagai hari bersejarah kepada para murid yang terlibat mendapat pengiktirafan di atas kejayaan mereka menamatkan bacaan kitab suci Al-Quran.
MAJLIS KHATAM AL-QURAN PERINGKAT SEKOLAH SK KAMPUNG ALIT 2013.
Para peserta bergambar kenangan bersama YB Datuk Hj. Abdul Wahab bin Aziz. |
Majlis Khatam Al-Quran ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Hj. Abdul Wahab bin Aziz, Menteri Muda Kemajuan Tanah Negeri Sarawak merangkat ADUN N33 Kalaka. Selain merasmikan majlis tersebut, beliau turut merasmikan surau baharu SK Kampung Alit yang diberi nama 'Surau Raudhatu Sholihin' yang juga menjadi tempat berlangsungnya majlis ini. Apa yang menariknya pada majlis tersebut, kehadiran YB Datuk Hj. Abdul Wahab bin Aziz telah diarak menggunakan 'sungan' yang berbentuk kapal hasil sumbangan SK Abang Leman Kabong. Ia suatu yang menarik bagi beliau kerana beliau memaklumkan kali terakhir beliau diarak menggunakan 'sungan' ialah ketika khatam Al-quran iaitu ketika beliau di tahun 5 dan inilah kali pertama beliau diarak menggunakan 'sungan' sejak 58 tahun dahulu.
Selain itu, kehadiran Pegawai Pendidikan Daerah Saratok iaitu En. Sophian bin Ekeram dan beberapa tetamu kehormat lain iaitu Guru-guru Besar Zon Kabong, Pegawai Penguasa Polis Kabong, Ketua kampung, Tuai-tuai Rumah panjang dan para ibu bapa telah memeriahkan lagi majlis ini.
Para hadirin dipersembahkan dengan bacaan ayat suci Al-quran oleh peserta khatam yang terdiri daripada 18 orang murid serta persembahan nasyid daripada murid tahun 2.
Pada majlis tersebut juga YB Datuk Hj. Abdul Wahab bin Aziz telah memberi sumbangan Geran berjumlah RM10,000 kepada SK Kampung Alit, Kabong untuk tahun 2014. Beliau berharap dengan sumbangan ini dapat digunakan sebaiknya untuk menjalankan program seperti ini dan program-program lain pada masa akan datang.
Pada majlis tersebut juga YB Datuk Hj. Abdul Wahab bin Aziz telah memberi sumbangan Geran berjumlah RM10,000 kepada SK Kampung Alit, Kabong untuk tahun 2014. Beliau berharap dengan sumbangan ini dapat digunakan sebaiknya untuk menjalankan program seperti ini dan program-program lain pada masa akan datang.
0 ulasan:
Catat Ulasan