SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SK KAMPUNG ALIT,KABONG...SALAM TERUS MENJULANG SARAWAK... Portal SK Kpg Alit: RIBUT: ASTAKA RUNTUH
MENJADIKAN SK KAMPUNG ALIT SEKOLAH CEMERLANG...


Jumaat, 19 Julai 2013

RIBUT: ASTAKA RUNTUH

19 Julai 2013
RIBUT: ASTAKA RUNTUH
Keadaan astaka yang telah runtuh.

Kelihatan seorang pekerja sedang membersihkan kawasan runtuhan.
ALIT: Amaran angin kencang dan laut bergelora yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Meterologi Malaysia sebelum ini perlu diberi perhatian oleh penduduk negeri Sabah Sarawak. Pada petang semalam beberapa kawasan negeri sarawak telah dilanda angin kencang serta disusuli hujan lebat. Manakala di Sekolah Kebangsaan Kampung Alit, Kabong, sebuah astaka yang belum siap sepenuhnya telah runtuh berikutan angin kencang yang berlaku lebih kurang dalam pukul 4.30 petang semalam. Kedudukan sekolah ini yang berada dipersisiran pantai laut china selatan juga dibimbangi akan berlaku ribut yang lebih kuat lagi. Keadaan struktur binaan astaka terbengkalai yang lemah ini juga dilihat sebagai punca ia tidak dapat menahan tiupan angin yang kuat. Beberapa buah kuarters juga menghadapi sedikit kerosakan pada bahagian atap. Walau bagaimanapun kawasan astaka tersebut selama ini adalah merupakan kawasan larangan dan murid tidak dibenarkan untuk menghampiri kawasan tersebut. Namun kami tetap bersyukur kerana bencana ini tidak mencederakan sesiapa berikutan ketika itu murid KAFA masih berada di kawasan sekolah. 
       Berdasarkan semakan kami di laman Jabatan Meteorologi Malaysia telah mengemaskini amaran kategori ketiga ribut petir menyeluruh pada 19 Julai 2013 sehingga awal petang ini, di mana amaran angin kencang dengan kelajuan 50-60 kmsj dengan ketinggian ombak 3.5 meter adalah sangat berbahaya terutamanya kepada bot-bot kecil. Beberapa kawasan lain diseluruh Malaysia juga diberi amaran fenomena ini akan berlanjutan sehingga 21 Julai 2013. Untuk maklumat lanjut anda boleh semak dilaman Jabatan Meteorologi Malaysia dari semasa ke semasa. Semua peduduk di kawasan berisiko di nasihatkan agar menjauhi aktiviti di kawasan laut dan kawasan lain yang berisiko berikutan banyak berlakunya pokok tumbang akibat ribut dan hujan lebat.







sumbangkan 'KLIK' anda di sini :-)


0 ulasan:

Arkib Berita:

Buletin Alit

Pemberitahuan

__________________________________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________________________________

PENAFIAN / PERINGATAN!

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kehilangan atau kerosakan setelah melayari atau memuat turun maklumat di laman ini dan segala risiko adalah ditanggung oleh pihak anda sendiri. Harap maklum.
__________________________________________________________________________________________________________
RECOMMEND:
Better view use Google Chrome or Mozilla Firefox. The proposed resolution of at least 1280x800.
__________________________________________________________________________________________________________
WAKTU SOLAT