SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SK KAMPUNG ALIT,KABONG...SALAM TERUS MENJULANG SARAWAK... Portal SK Kpg Alit: CUTI SABATIKAL: GURU, GURU BESAR & PENGETUA
MENJADIKAN SK KAMPUNG ALIT SEKOLAH CEMERLANG...


Rabu, 19 Jun 2013

CUTI SABATIKAL: GURU, GURU BESAR & PENGETUA

19 Jun 2013
Guru, guru besar & pengetua boleh ambil cuti sabatikal.


Seri Kembangan: Guru, guru besar dan pengetua kini berpeluang mengambil cuti belajar (sabatikal) sama seperti pensyarah institusi pengajian tinggi (IPT) bagi mengikuti program pembelajaran, termasuk di luar negara.

Ia bertujuan meningkatkan kualiti pembelajaran dan pengajaran sejajar Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang mensasarkan sistem pendidikan negara setaraf negara maju. Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh, berkata sudah tiba masanya guru diberikan cuti belajar untuk menimba ilmu dan latihan dalam dan luar negara kerana lonjakan prestasi ke tahap dunia memerlukan guru yang mempunyai pendedahan luas.

Sebaris negara maju

Kita sering berkata mahu meletakkan sistem pendidikan Malaysia sebaris dengan negara maju tetapi bagaimana kita nak merealisasikannya kalau pengetua, guru besar dan guru kita tidak dapat pendedahan mengenai sistem pendidikan di luar negara.

Jika pensyarah IPT diberikan cuti sabatikal selepas lima tahun berkhidmat, guru pula kita akan pilih berdasarkan kriteria tertentu. Tidak semestinya perlu ada Ijazah Sarjana atau Doktor Falsafah (PhD), katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan Bayaran Insentif Tawaran Baru (BITB) 2012 kepada 151 pengetua yang berjaya melonjakkan kecemerlangan sekolah mereka di sini, semalam. Pengetua terbabit menerima sijil dan wang tunai RM7,500 masing-masing. BITB 2012 itu juga menyaksikan 13,700 pengetua, guru dan kakitangan sokongan di 151 sekolah berkenaan menerima ganjaran. Guru Penolong Kanan menerima RM1,800, guru (RM900) dan kakitangan sokongan (RM500).

BITB diberi kepada pengetua sekolah cemerlang berdasarkan Gred Purata Sekolah (GPS) dan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (Skor Komposit Sekolah) sekolah mereka. BITB 2012 adalah yang ketiga sejak dimulakan pada 2010.

Buka peluang semua guru

Idris berkata, kertas cadangan mengenai cuti sabatikal sedang disiapkan dan akan dikemukakan kepada Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kita akan buka peluang untuk semua jenis guru, peringkat menengah, rendah mahupun teknikal. Kita pilih siapa yang layak menerusi kriteria yang akan ditetapkan nanti, katanya. 


Sumber: Berita Harian



sumbangkan 'KLIK' anda di sini :-)


0 ulasan:

Arkib Berita:

Buletin Alit

Pemberitahuan

__________________________________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________________________________

PENAFIAN / PERINGATAN!

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kehilangan atau kerosakan setelah melayari atau memuat turun maklumat di laman ini dan segala risiko adalah ditanggung oleh pihak anda sendiri. Harap maklum.
__________________________________________________________________________________________________________
RECOMMEND:
Better view use Google Chrome or Mozilla Firefox. The proposed resolution of at least 1280x800.
__________________________________________________________________________________________________________
WAKTU SOLAT