SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SK KAMPUNG ALIT,KABONG...SALAM TERUS MENJULANG SARAWAK... Portal SK Kpg Alit: ITP RM180 NAIK RM450 & COLA RM300?
MENJADIKAN SK KAMPUNG ALIT SEKOLAH CEMERLANG...


Khamis, 14 Februari 2013

ITP RM180 NAIK RM450 & COLA RM300?

CUEPACS KEMUKA CADANGAN KENAIKAN ELAUN PENJAWAT AWAM



Kuala Lumpur: CUEPACS dijangka mengemukakan beberapa cadangan berhubung kenaikan elaun penjawat awam dalam pertemuan kesatuan sekerja itu bersama Ketua Setiausaha Negara (KSN), Datuk Seri Dr Ali Hamsa di Putrajaya, hari ini. Antaranya mengenai Imbuhan Tetap Perumahan (ITP), Elaun Sara Hidup (COLA), tuntutan penginapan, status jawatan kontrak, gaji maksimum dan peranan ketua jabatan.
Presidennya, Datuk Omar Osman, berkata sebagai contoh CUEPACS mencadangkan supaya COLA diselaraskan kepada RM300, manakala ITP pula ditingkatkan daripada RM180 kepada RM450 berdasarkan kos hidup yang semakin meningkat dari semasa ke semasa.
Omar berkata, mengenai tuntutan penginapan pula, pihaknya berharap ia akan ditingkatkan kepada RM200 berbanding RM120 ketika ini, kerana kebanyakan hotel sudah menaikkan harga. “Jumaat lalu, beliau (Ali) mengumumkan lebih 80 jenis elaun penjawat awam akan dikaji semula dan memandangkan kepemimpinan tertinggi CUEPACS mengadakan pertemuan bersamanya esok (hari ini), maka kita akan turut mengemukakan beberapa cadangan untuk dipertimbangkan kerajaan". 

“Kesediaan kerajaan untuk mengkaji semula perkara (elaun) itu, menunjukkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak pernah melupakan soal kebajikan penjawat awam,” katanya kepada BH, semalam. 

Tujuan lebih 80 jenis elaun penjawat awam termasuk elaun sara hidup dikaji semula bagi melihat kesamarataan, kesaksamaan dan kemunasabahannya sebelum diumumkan Perdana Menteri. 

Omar berkata, selain itu CUEPACS juga akan membincangkan secara terperinci mengenai penjawat awam yang sudah mencapai tangga gaji maksimum serta kadar kenaikan (gaji) yang bakal diperoleh mereka. “Sebelum ini dimaklumkan bahawa mereka mungkin menerima kenaikan antara dua hingga lima peratus, bagaimanapun ia hanya membabitkan kakitangan awam yang mempunyai prestasi cemerlang serta mencatat markah 80 dan ke atas dalam Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT). “CUEPACS berharap kenaikan itu membabitkan semua kakitangan daripada kumpulan terbabit yang turut menyumbang kepada perkhidmatan awam. Kita juga akan berbincang mengenai peranan segelintir ketua jabatan yang kadang-kala menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan pekerja,” katanya.
Sumber: CUEPACS


0 ulasan:

Arkib Berita:

Buletin Alit

Pemberitahuan

__________________________________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________________________________

PENAFIAN / PERINGATAN!

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kehilangan atau kerosakan setelah melayari atau memuat turun maklumat di laman ini dan segala risiko adalah ditanggung oleh pihak anda sendiri. Harap maklum.
__________________________________________________________________________________________________________
RECOMMEND:
Better view use Google Chrome or Mozilla Firefox. The proposed resolution of at least 1280x800.
__________________________________________________________________________________________________________
WAKTU SOLAT