SAMBUTAN MAULIDUR RASUL
Dicatat oleh
skkpgalit
di
8:23 PG
Perarakan Dan Pertandingan Sepanduk Sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sarawak 1434H/2013M Di Bahagian Betong.
Muat turun borang penyertaan:
SYARAT-SYARAT PENYERTAAN PERARAKAN DAN PERTANDINGAN SEPANDUK
SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT NEGERI SARAWAK 1434H/ 2013M DI BETONG
• Pertandingan Sepanduk ini terbuka kepada semua pasukan yang mengambil bahagian dalam Majlis Perhimpunan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sarawak Tahun 1434H/ 2013M mengikut kategori yang telah ditetapkan.
• Kategori pasukan adalah seperti berikut:
Kategori A - Jabatan/ Agensi Kerajaan/ Badan Berkanun
Kategori B - Firma Swasta/ Syarikat/ Institusi Kewangan
Kategori C - Masjid/ Surau/ Kampung
Kategori D - Persatuan/ Kelab/ Pertubuhan
Kategori E - Institut Pengajian Tinggi/ Pusat Kemahiran/ Sekolah Menengah
Kategori F - Sekolah Kebangsaan
Kategori G - Kumpulan Hadrah
• Pertandingan akan diadakan pada Majlis Perhimpunan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sarawak Tahun 1434H/ 2012M pada 24 Januari 2013
• Saiz Sepanduk hendaklah berukuran tidak melebihi 4 kaki lebar dan 8 kaki panjang dan menggunakan “plywood” atau “hard board” atau kain rentang menggunakan bingkai. Sepanduk hendaklah merupakan terjemahan daripada ayat Al-Quran atau Al-Hadis dalam tulisan Rumi atau Jawi dan DITEGAH SAMA SEKALI MENULIS AYAT AL-QURAN atau
Saiz Sepanduk hendaklah berukuran tidak melebihi 4 kaki lebar x 8 kaki panjang dan menggunakan kain atau kanvas sahaja tanpa bingkai. Sepanduk diarak/ dibawa menggunakan 2 batang kayu sahaja agar memudahkan pergerakan kontinjen dan mudah digulung Sepanduk hendaklah merupakan terjemahan daripada ayat Al-Quran atau Al-Hadis dalam tulisan Rumi atau Jawi dan DITEGAH SAMA SEKALI MENULIS AYAT AL-QURAN;
Sepanduk cetakan berkomputer (printed) TIDAK DIBENARKAN
• Sepanduk yang dipertandingkan hendaklah mengikut tema perayaan iaitu “WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH”
• Perkara yang dihakimi adalah seperti berikut :-
7.1 Sepanduk – 60 %
a. Kesesuaian ayat dengan tema............... 20 markah
b. Tulisan/ Khat ....................................... 20 markah
c. Kreativiti ............................................. 20 markah
7.2 Kontinjen – 40%
a. Tatatertib ............................................ 15 markah
b. Bilangan Peserta ................................. 15 markah
c. Pakaian/ Kekemasan ............................ 10 markah
JUMLAH - 100 MARKAH
• Sepanduk yang dipertandingkan mestilah dibawa pulang sebaik sahaja selesai perarakan.
• Bagi kumpulan Hadrah, pertandingan akan dinilai dari perarakan dan persembahan hadrah. Sepanduk dikecualikan.
• Jumlah peserta dalam setiap pasukan tidak kurang daripada 15 orang.
• Borang penyertaan hendaklah sampai kepada Urus Setia pertandingan pada atau sebelum 18 Januari 2013
• Perarakan akan bermula di Kompleks Sukan Bahagian Betong dan berakhir di Dewan Stephen Kalong Ningkan. Semua pasukan hendaklah datang selewat-lewatnya jam 7.30 pagi dan dikehendaki melapor diri kepada Urus Setia bertugas di tempat perhimpunan.
Penghakiman akan bermula pada jam 8.00 pagi. Penyertaan yang lewat tidak akan diadili.
• Taklimat untuk ketua kontijen,diadakan pada 22 Januari 2013 jam 9.30 pagi di Kompleks Sukan Bahagian Betong dan sesi raptai akan diadakan pada 22 Januari 2013 jam 2.30 petang di Dewan Stephen Kalong Ningkan.
• Keputusan hakim adalah muktamad.
• Sekiranya ada kemusykilan dan perlukan keterangan lanjut sila hubungi :-
JAWATANKUASA PENGURUSAN PERTANDINGAN SEPANDUK DAN PERARAKAN
SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT NEGERI SARAWAK 1434H/ 2013M
Pejabat Residen Bahagian Betong
BETONG
Unit Pendidikan Islam dan Moral
Pejabat Pelajaran Daerah Betong
Tel :083-472582/083-472536
Fak :083-472172
Pejabat Agama Islam Bahagian
Bahagian Betong
Tel : 083-472211 / 083-471605 / 019-8913646
Nama : Ustaz Anwar bin Rosli
Tel : 083-472211 / 083-471605 / 013-8050510
Nama : Ustazah Nazirah bt Hasbullah
Tel : 083-472211 / 083-471605
Nama : Ustaz Hj. Hasanuddin bin Bujang
Tel : 083-472211 / 083-471605 / 019-4691379
Nama : Ustaz Aswat bin Osen
0 ulasan:
Catat Ulasan