SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1434H
Dicatat oleh
skkpgalit
di
12:00 PG
JOHAN Sepanduk Kategori Sekolah Kebangsaan, Sempena Sambutan Maulidur Rasul 2013 bersamaan 1434 Peringkat Negeri Sarawak.
Klik--> keseluruhan gambar
Sambutan Maulidur Rasul 1434H Peringkat Negeri Sarawak.
BETONG- 24 Januari 2013: Sambutan Maulidur Rasul 1434H Peringkat Negeri Sarawak telah berlangsung di bahagian Betong. Sambutan ini turut dimeriahkan dengan kehadiran Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Abang Haji Muhammad Salahuddin bin Abang Barieng dan Ketua Menteri Sarawak YAB Pehin Sri Haji Abdul Taib bin Mahmud.
Shalawat ke atas junjungan Nabi Muhamad SAW telah bergema di setiap pelusuk bandar Betong sepanjang berlangsungnya acara perarakan oleh para kontijen yang menyertai sambutan kali ini. Tidak ketinggalan juga Kontijen dari SK Kampung Alit, Kabong dengan baju serba oren yang terdiri daripada 19 orang ahli bersama-sama memeriahkan suasana. Kali ini Kontijen SK Kampung Alit cuba mewarnai sambutan kali ini dengan sepanduk yang serba kuning dengan harapan dapat menempatkan diri dalam kalangan tiga terbaik bagi pertandingan Sepanduk untuk kategori Sekolah Kebangsaan.
Akhirnya, pada penghujung majlis ini yang berlangsung di Dewan Stephen Kalong Ningkan, SK Kampung Alit, Kabong dengan nombor penyertaan 'F1' telah dinobatkan sebagai johan bagi Pertandingan Sepanduk untuk kategori Sekolah Kebangsaan yang telah melayakkan SK Kampung Alit membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM1000.00 dan 15 buah Tar. Suka kami imbas kembali pada sambutan Maulidur Rasul tahun 2012 yang lalu, SK Kampung Alit telah berjaya menjadi johan Pertandingan Sepanduk dan Keseluruhan ketika sambutan peringkat Daerah Kecil Kabong.
Tahniah kepada seluruh warga SK Kampung Alit, Kabong.
0 ulasan:
Catat Ulasan