SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SK KAMPUNG ALIT,KABONG...SALAM TERUS MENJULANG SARAWAK... Portal SK Kpg Alit: RM540 JUTA UNTUK BANTUAN PERSEKOLAHAN
MENJADIKAN SK KAMPUNG ALIT SEKOLAH CEMERLANG...


Isnin, 14 Januari 2013

RM540 JUTA UNTUK BANTUAN PERSEKOLAHAN

RM540 juta untuk bantuan persekolahan

BATU PAHAT 13 Jan. - Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM540 juta bagi diagihkan kepada 4.98 juta pelajar menerusi Bantuan Persekolahan RM100 yang akan mula dilaksanakan Selasa ini.
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, jumlah yang akan diagihkan kepada pelajar di sekolah kerajaan adalah RM498 juta manakala selebihnya adalah untuk pelajar sekolah swasta, sekolah agama rakyat dan sekolah agama kerajaan negeri.
“Seramai 4.98 juta pelajar di seluruh negara akan menerima bantuan persekolahan RM100 yang akan diagihkan mulai Selasa ini dan dijangka berakhir pada 15 Februari depan.
“Pada masa sama, Kementerian Pelajaran masih menunggu baki nama pelajar sekolah-sekolah swasta dan agama yang masih belum diserahkan," katanya di sini hari ini.
Beliau memberitahu, bagi memastikan kesemua pelajar menikmati bantuan tersebut, semua sekolah telah diberi arahan supaya tidak membuat sebarang potongan terhadap hutang atau yuran Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) tanpa persetujuan ibu bapa.
Katanya, ini kerana pihak kementerian mahu memastikan bantuan yang disalurkan kerajaan benar-benar sampai ke tangan ibu bapa bagi kegunaan persekolahan pelajar.






0 ulasan:

Arkib Berita:

Buletin Alit

Pemberitahuan

__________________________________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________________________________

PENAFIAN / PERINGATAN!

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kehilangan atau kerosakan setelah melayari atau memuat turun maklumat di laman ini dan segala risiko adalah ditanggung oleh pihak anda sendiri. Harap maklum.
__________________________________________________________________________________________________________
RECOMMEND:
Better view use Google Chrome or Mozilla Firefox. The proposed resolution of at least 1280x800.
__________________________________________________________________________________________________________
WAKTU SOLAT