SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SK KAMPUNG ALIT,KABONG...SALAM TERUS MENJULANG SARAWAK... Portal SK Kpg Alit: INFO PEMULIHAN KHAS
MENJADIKAN SK KAMPUNG ALIT SEKOLAH CEMERLANG...


Selasa, 1 Januari 2013

INFO PEMULIHAN KHAS

APAKAH PROGRAM PEMULIHAN KHAS?
Program Pemulihan Khas
“Satu program pendidikan disediakan untuk murid yang mengalami masalah dalam penguasaan kemahiran asas 3M yang kompleks disebabkan oleh faktor persekitaran. Program ini dijalankan oleh guru yang khusus, di ruang yang khusus.”
                                                                                           ( KPM 2001) 

Guru Pemulihan / Guru Pemulihan Khas
Guru Pemulihan merupakan guru yang terlatih di institusi yang menyediakan kursus-kursus pendidikan pemulihan seperti di universiti, institut perguruan mahu pun institut pendidikan guru sama ada dalam negara atau luar negara. Hasilnya Guru Pemulihan mempunyai kepakaran yang khusus bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid-murid yang lemah dalam penguasaan kemahiran asas 3M (menulis, membaca dan mengira)
Murid Pemulihan Khas
Pusat Perkembangan Kurikulum (1984); Murid pemulihan ialah mereka yang menghadapi masalah pembelajaran dalam kemahiran-kemahiran tertentu, bersifat negatif terhadap pembelajaran dan mempunyai tingkah laku yang menjejaskan pembelajaran serta kurang sikap keyakinan diri dan sikap positif terhadap pembelajaran. 

Menurut laporan yang bertajuk “Asia and Pasific Programme of Education Innovation for Development” (1987) yang disediakan GARIS PANDUAN PROGRAM PEMULIHAN KHAS BPKHAS, KPM 4 oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, sasaran pengajaran pemulihan ialah: 
Those that are categorised as having learning problems generally display a disability in areas such as reading, spoken or written language, mathematics and in skills related to perceptual processes in learning. Due to their shortcomings in one or more of the areas, some children find learning a difficult task.
MATLAMAT
Memastikan semua murid menguasai kemahiran asas 3M kecuali murid berkeperluan khas.
OBJEKTIF
Setelah mengikuti program ini murid dapat:
4.1 menguasai kemahiran asas 3M
4.2 meneruskan pembelajaran di kelas biasa
4.3 membina keyakinan diri dan bersikap positif terhadap pembelajaran.


PELAKSANAAN PROGRAM PEMULIHAN KHAS 

Proses pelaksanaan Program Pemulihan Khas adalah seperti dalam carta aliran berikut:




Sumber: Petikan Garis Panduan Pemulihan Khas 2012



Peranan Guru Pemulihan Khas Dalam Pelaksanaan Program Linus
Salah satu subbidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) Pendidikan ialah Literasi dan Numerasi (LINUS). Matlamat LINUS iaitu untuk memastikan semua murid yang tidak mempunyai masalah pembelajaran boleh menguasai kemahiran literasi dan numerasi.
2. Bagi memastikan sub-NKRA ini mencapai matlamatnya, murid LINUS Tegar, iaitu yang tidak menguasai Konstruk 1 dan Konstruk 2, akan dibimbing oleh Guru Pemulihan Khas. Justeru itu, Guru Pemulihan Khas perlu mengajar murid LINUS Tegar selain daripada murid-murid pemulihan Tahun 2 dan Tahun 3.
3. Guru Pemulihan Khas hendaklah mengajar murid LINUS Tegar tidak melebihi 15 orang pada setiap sesi pembelajaran selepas Saringan 2 dilaksanakan. Walau bagaimanapun, semua Guru Besar hendaklah memastikan jumlah masa mengajar yang ditetapkan bagi Guru Pemulihan Khas adalah tidak kurang dari 900 minit dan tidak melebihi 1020 minit seminggu (termasuk waktu persediaan).
4. Surat siaran ini hendaklah dibaca bersama Surat Siaran, Perlaksanaan Program Literasi Dan Numerasi (Linus) Tahap 1 Di Sekolah Rendah, Bil. KP(BPK) 400-32/6Jld.3(61), bertarikh 22 April 2010.
5. Sila maklumkan kandungan Surat Siaran ini kepada pegawai yang bertanggungjawab di Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan Guru Besar di bawah pentadbiran Y. Bhg Dato’/Datuk/Tuan.

0 ulasan:

Arkib Berita:

Buletin Alit

Pemberitahuan

__________________________________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________________________________

PENAFIAN / PERINGATAN!

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kehilangan atau kerosakan setelah melayari atau memuat turun maklumat di laman ini dan segala risiko adalah ditanggung oleh pihak anda sendiri. Harap maklum.
__________________________________________________________________________________________________________
RECOMMEND:
Better view use Google Chrome or Mozilla Firefox. The proposed resolution of at least 1280x800.
__________________________________________________________________________________________________________
WAKTU SOLAT