SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SK KAMPUNG ALIT,KABONG...SALAM TERUS MENJULANG SARAWAK... Portal SK Kpg Alit: Sasaran wujudkan SBT di setiap negeri dicapai.
MENJADIKAN SK KAMPUNG ALIT SEKOLAH CEMERLANG...


Khamis, 27 Disember 2012

Sasaran wujudkan SBT di setiap negeri dicapai.

Sasaran wujudkan SBT di setiap negeri dicapai: Muhyiddin


PUTRAJAYA: Kerajaan berjaya mencapai sasaran dalam usaha membangun dan mewujudkan sekurang-kurangnya sebuah Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) di setiap negeri, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata, sehingga kini Kementerian Pelajaran berjaya mengiktiraf sebanyak 91 SBT, termasuk 25 SBT hari ini di bawah Program Transformasi Kerajaan (GTP) 1.0 dari 2010 hingga 31 Disember 2012.
"Berdasarkan kecemerlangan berterusan yang ditunjukkan oleh 66 SBT yang diiktiraf sebelum ini, pihak kerajaan bersetuju untuk melanjutkan pelaksanaan SBT dalam tempoh GTP 2.0 iaitu bagi 2013 hingga 2015 dengan sasaran 10 SBT setahun.
"Ini bermakna jika terdapat sekolah-sekolah yang layak dan memenuhi kriteria pemilihan, jumlah SBT boleh menjangkau sekurang-kurangnya 130 SBT menjelang 2015," katanya pada majlis Pengiktirafan SBT Kohort 3 Tahun 2012 di sini, hari ini.
Teks ucapan Muhyiddin dibacakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran, Datuk Dr Rosli Mohamed.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran mahukan SBT menjadi contoh kepada sekolah-sekolah lain dan membuktikan bahawa pelaksanaan sistem pendidikan di negara ini mampu berubah daripada prestasi sedia ada kepada prestasi setaraf dengan sistem maju seperti di Singapura dan Finland dalam tempoh yang terdekat.
Bagi mencapai hasrat itu, beliau mahukan semua murid khususnya di SBT menunjukkan prestasi cemerlang setanding dengan tanda aras mengikut piawaian antarabangsa seperti Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) dan Programme for International Student Assessment(PISA) dengan penguasaan dalam Matematik, Sains dan
Bahasa Inggeris.
Selain itu, katanya, murid juga perlu menguasai kemahiran berfikir aras tinggi seperti aplikasi, penyelesaian masalah dan penglibatan dalam ko-kurikulam serta pembangunan sahsiah.
Jelasnya, pewujudan SBT merupakan pendekatan bagi memastikan semua murid tanpa mengira aliran, bahasa serta kedudukan di bandar atau luar bandar mencapai kecemerlangan berterusan.
Pada majlis itu, kesemua 25 sekolah yang diiktiraf SBT menerima ganjaran RM700,000 bagi setiap sekolah (jumlah keseluruhan RM18.7juta).
Pengetua dan guru besar SBT mempunyai autonomi meluluskan Perancangan Bajet Peruntukan Khas SBT mengikut keperluan sekolah dalam bidang pembangunan modal insan, pengantarabangsaan, penyelenggaraan dan ubah suai kecil dan pembelian harta modal. - BERNAMA


Sumber: Berita Harian


0 ulasan:

Arkib Berita:

Buletin Alit

Pemberitahuan

__________________________________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________________________________

PENAFIAN / PERINGATAN!

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kehilangan atau kerosakan setelah melayari atau memuat turun maklumat di laman ini dan segala risiko adalah ditanggung oleh pihak anda sendiri. Harap maklum.
__________________________________________________________________________________________________________
RECOMMEND:
Better view use Google Chrome or Mozilla Firefox. The proposed resolution of at least 1280x800.
__________________________________________________________________________________________________________
WAKTU SOLAT