Dunia Pendidikan: 300 peserta jayakan membaca setinggi awan
Dicatat oleh
skkpgalit
di
12:29 PG
Golongan pelajar merupakan sebahagian besar daripada 300 peserta yang menjayakan 'Program Membaca Setinggi Awan' pada Fiesta Seronoknya Cuti 2012 di Menara Kuala Lumpur, baru-baru ini. |
KIRA-KIRA 300 peserta yang sebahagian besar pelajar berusia lingkungan 7 hingga 17 tahun terlibat menjayakan aktiviti 'Membaca Setinggi Awan' sempena program 'Fiesta Seronoknya Cuti' anjuran PTS Media Group Sdn. Bhd. dengan kerjasama UiTM Shah Alam dan Menara Kuala Lumpur baru-baru ini.
Program yang berlangsung selama tiga hari itu turut menampilkan acara julung kali 'Membaca Setinggi Awan' di 'Mega View Deck' Menara Kuala Lumpur pada ketinggian 288 meter dari aras bumi.
Aktiviti santai ini berlangsung selama dua jam dan sepanjang acara berlangsung, semua peserta menghabiskan masa dengan membaca buku yang dibawa atau yang disediakan oleh penganjur sambil mengambil kesempatan menikmati panorama Kuala Lumpur yang menakjubkan.
Pelancaran program itu disempurnakan Naib Canselor UiTM, Prof. Datuk Seri Dr. Sahol Hamid Abu Bakar.
Ia merupakan inspirasi Sahol Hamid sendiri dan merupakan program julung kali diperkenalkan sekali gus menjadi penganjur pertama yang mengadakan bacaan beramai-ramai di menara komunikasi tertinggi di Asia Tenggara.
Pelajar yang terlibat menyertai program 'Membaca Setinggi Awan' berpeluang menikmati potongan harga istimewa dengan hanya membayar RM10 untuk memasuki Menara Kuala Lumpur berbanding kadar biasa RM29.90.
Antara program berlangsung, antara aktiviti yang dijalankan seperti Bazaar Buku PTS Media Group Sdn. Bhd, pameran dan Fiesta Komik-M, gerai istimewa penulis novel remaja dan kanak-kanak.
Turut diberikan potongan harga istimewa kepada pembeli pelbagai jenis bacaan buku, gerai eksklusif Komik-M iaitu karikatur percuma dengan pembelian Komik-M PTS dan juga aktiviti sampingan (Sandy Art Fiesta, Clown's Hour serta perjumpaan tahunan pembaca Ain Maisarah.
Program tersebut dianggap mampu menerapkan budaya membaca dalam kalangan kanak-kanak dan juga remaja sekali gus merealisasikan 'Kempen Membaca' yang diperkenalkan oleh kerajaan.
Selain itu, program itu diihat dapat membantu mempromosikan buku-buku dan memperkenalkan barisan penulis-penulis tanah air ke peringkat lebih tinggi.
Sumber: © Utusan Melayu (M) Bhd
0 ulasan:
Catat Ulasan